Menolong rakanku mengatur charger laptop

Assalamualaikum..
Hari ini sepanjang hari aku dan hafizuddin membaiki charger laptopnya yang rosak.. Pelbagai ragam dan aksi sewaktu kami cuba untuk membaiki charger laptop tersebut. Alhamdullilah, selepas laptop dapat digunakan barulah dapat belajar macam mana publish video guna Flip Album Vista Pro..





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Internet offline

Kabel TM kena curi.

Assalamualaikum.
Sepanjang hari internet tidak berfungsi kerana diberitahu terdapat kecurian kabel. Penyelia aku cakap ada kabel kena curi. Masa aku nak buat keja juga lah ia offline tapi apapun aku harap masalah itu akan selesai seberapa segera. Bagi saya adalah wajar jika si pencuri kabel  ni di belasah sehingga mati atau sebaiknya berilah teguran dan didikan kepada mereka. Mungkin mereka mengalami masalah. Mana kita tahu. Yang sedihnya,  bayangkan betapa sukarnya orang kampung yang hanya bergantung kepada talian  tetap untuk berhubung dengan sanak saudara bertanya khabar, memberitahu kematian mahupun melaporkan kecemasan dan talian  pula tidak dapat di gunakan kerana telah di curi oleh pencuri ini. Orang di pejabat juga susah untuk membuat sebarang operasi yang memerlukan talian.Memang malang ibu yang melahirkan anak pencuri menyusahkan orang sahaja, terngiang-ngiang kata-kata ini kalau aku tahu besar jadi begini dari kecik ku picit-picit badan sampai mati..hehe
Sangat bersyukur dan berterima kasih pada semua yang bertungkus lumus untuk membaiki masalah tersebut kerana hanya sementara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Adab-adab ziarah orang sakit

Assalamualaikum.

“Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah Taala, maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkah mu dan ambillah tempat tinggal mu di dalam syurga” (Riwayat: at-Tirmizi)

Hari ini aku akan pergi ke hospital untuk melawat datukku lagi.

Sebelum itu, sempat juga aku mencari adab-adab apabila menziarahi orang yang sakit. Aku lihat banyak adab dan sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan aku. Di sini aku akan kongsi sedikit adab-adab yang perlu ada semasa menziarahi orang yang sakit kepada pembaca semua. Antaranya adalah:


1.Jangan duduk terlalu lama ketika menziarahi pesakit kerana perbuatan ini boleh mengganggunya.

2.Ketika berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang.

3.Hendaklah kita doakan agar cepat sembuh dengan menyebut: Semoga Allah menyembuhkan... (sebutkan nama dan pangkatnya).

4.Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya.

5.Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak”.

6.Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah itu.

7.Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:
“Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Menziarah datuk yang sedang sakit.

Assalamualaikum.
Hati mana yang tidak sedih apabila melihat orang sakit. Lihat orang lain sakit pun sedih, inikan pula saudara sendiri.. Hari ini, apabila aku mendengar berita datuk ku masuk hospital, aku terus memberitahu ibu bapa ku bahawa aku ingin pergi ke hospital. Aku ke sana bersama seorang kawan ku.
 Sampai di sana aku melihat ramai sanak- saudara mara ku yang datang. Ku lihat datuk ku hanya mampu baring. Aku yang tidak mahu menganggu hanya bercakap dengan ahli keluarga yang lain mengenai keadaan datuk ku. Selepas itu, tidak mahu untuk menunggu lama dan menganggu datukku yang sena lena tidur aku balik dan akan datang lagi pada malam ini. Insya'Allah...

Kelihatan datuk ku yang tidur kerana diberi ubat tidur untuk 
menenangkan dia yang tidak dapat tidur pada waktu malam.


Kelihatan jururawat-jururawat yang bertugas memantau 
keadaan datuk ku dan beberapa lagi pesakit di situ.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Hari Malaysia 2011





Yeyyyyyyyyyyyyyyyy....!!

CUTI....!

Dapat lah aku berehat sepuas-puasnya,,hehe,

Tapi tidak juga aku berniat untuk melupakan pengorbanan pejuang-pejuang negara yang sanggup berkorban apa saja demi kesejahteraan penduduk Malaysia. Hari ini negara kita akan meraikan suatu tarikh yang amat besejarah untuk negara kita.

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.


Hari Malaysia juga merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Presentation E-Album dengan penyelia

Assalamualaikum pembaca-pembaca semua...
Apa khabar? Harap sihat selalu la ye,,hehe.
Hari ini aku dan rakan sepraktikalku akan persembahkan hasil kerja E-Album kami untuk menerima komen dari penyelia. Dipendekkan cerita, sepanjang presentation itu, kami menerima komen yang teramat positif dari penyelia dan 2 lagi rakan praktikal. Kerja E-Album itu hanya memerlukan sedikit lagi kerja edit-mengedit apa semua present sekali lagi dengan penyelia sebelum di publish dan burn dalam CD.

Kelihatan aku melihat Kak Kathy berbincang dengan penyelia aku, Mohd. Hirul.
Turut kelihatan juga Hafizuddin yang tunduk sedang mencatat hasil perbualan mereka berdua,hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Lagi cerita mengedit E-Album

Assalamualaikum semua...
Kepada pembaca-pembaca semua aku harap semua sihat la ye..
 Okey, hari ini aku nak sambung sikit pasal e-album yang aku buat 2 ari yang lepas.. 2 ari yang lepas aku edit nama dan jawatan setiap staf kan? Tapi hari ini pulak aku akan meletakkan senarai no tel dan membuat setiap background gambar tersebut menjadi menarik..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...