Raya Kedua 2011

Assalamualaikum.
Seperti biasa raya kedua aku sama la meriah nya seperti raya pertama. Syukur alhamdullilah pada hari ini aku dan family seperti setiap tahun akan pergi melawat kubur sanak-saudara yang telah meninggal dunia. Dalam kita bergembira, pasti nya ada insan yang menangis kesedihan bila terkenangkan orang yang telah tiada. Oleh itu, hargailah orang yang tersayang sementara mereka masih ada. Dan buat yang telah pergi sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Raya Pertama 2011


Alhamdulillah kita masih di beri peluang untuk merasi nikmat yang Allah S.W.T  berikan kepada kita hamba-hamba Nya yang lemah. Setelah lepak-lepak bersama kawan aku pulang ke rumah pada pukul 2.30 pagi. Lepas sembahyang raya kat Kampung Semariang Batu aku terus balik ke rumah menunggu kehadiran adik-beradik ku yang lain untuk sesi meminta maaf di antara kami sekeluarga jika sekiranya ada kesalahan.. Dah habis semua sesi tu kemudian baru la nak pergi beraya dengan family lain atau dengan kawan-kawan.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Logo Yayasan Sarawak terbaru ciptaanku

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini aku dan rakan-rakan praktikal ku ditugaskan untuk mencipta logo terbaru untuk sistem Yayasan Sarawak. Aku dan rakan-rakanku yang kurang maklumat walaubagaimanapun tersalah membuat logo..haha. Sampai, ditertawakan oleh supervisor kami.. Dia cakap, kami ni memandai je nak ubah logo asal Yayasan Sarawak. Kami yang rasa bersalah hanya mampu tersenyum kerana berasa berpuas hati dapat mempersembahkan logo ciptaan kami walaupun logo tersebut hasil dari maklumat yang salah..


Cantik kan? hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Hari terakhir ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa kaba semua? Diharap sihat selalu di samping keluarga tersayang.. Alhamdullilah.
Hari ini merupakan hari terakhir ramadhan. Sebelum ini, aku rasa gembira setelah habis bulan Ramdhan kerana hari ini tiada lagi puasa. Dimana aku dan kawan-kawan akan merancang segala rancangan untuk raya. Kalau raya maka merdeka lah maksudnya dan bererti boleh buat sesuka hati.. Itu adalah fikiranku sebelum ini.. Betapa jahilnya hamba mu ketika itu Ya Allah ya tuhan ku.Tetapi berbeza sekali bagi ku pada tahun ini. Dimana aku rasa ingin sekali hendak puasa sepanjang tahun. Ini kerana pada fikiranku jika sepanjang tahun orang puasa maka manusia akan sentiasa menjaga diri mereka dari perbuatan yang tercela. Syaitan juga tidak boleh menggoda manusia jika sepanjang tahun ia dibelenggu. Maha Suci Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Oleh itu aku harap amalan ku dan amalan pembaca-pembaca semua diterima Allah S.W.T.  InsyaAllah.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Lawatan Ke Yayasan Swk

Salam,hari nie aku nak bercerita atau nak luah isi hati yg terpendam didalam lubuk hati yang amat mendalam ini kepada semua,hahaha..

Sebenarnya,tadi aku pergi ke yayasan sarawak bersama staff Yayasan Swk yg lain..korang konfirm confuse kan??aaaarr...apa yg aku maksudkan,yayasan swk tempat aku praktikal nie kt sultan jalan tengah di tmn putri..and aku pergi melawat kat yayasan sarawak bandaray kch di saujana..hihihi..

Masa melawat tue adala jugak aku n frens ambik gambar..apa yang aku dapat cakap ialah yayasan tue memang cantik lha..walaupun nampak sunyi sedikit tapi segala kemudahan semuanya amat memuaskan...kalau ada masa cubala korang pergi tengok..



perjalanan ke parking kereta..nak pergi melawat..


oww.oww balik kpggg!!haha..
balik apenyeeee...nak pergi yayasan la..


beberapa org staff yayasan sarawak..


nampak menarik bila dilihat,setiap bilik mempunya warna yg berlainan.


aieppp,bang ghafar tersenyum melihat seorang gadis
dihadapannya,hahaha..


nampak macho x kami??huahua..


setelah habis melawat maka pulanglah kami ketempat asal,hahaaha.

Wasallam =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Membuat Logo

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Tulisan kali ini tentang cara membuat logo, iaitu membuat logo yang tentunya dapat dibuat dengan sangat mudah bila menggunakan secara online. Membuat logo  kali ini juga dapat dilakukan dengan cara menggunakan software. Software yang saya gunakan adalah Quick Logo Designer tetapi mempunyai masalah disebabkan setiap logo yang dihasilkan tidak dapat di publish sekaligus tidak dapat di convert ke mana-mana format.


Jika anda mahu mempelahari lebih mendalam pasal software ini, sila layari link di bawah.
www.quicklogodesignerquick logo designer.


Di harap apa saya kongsikan ini mempunyai manfaat yang besar bagi anda.. Dan kalau tidak keberatan tolonglah saya untuk mencari masalah untuk publish logo tersebut.. Terima kasih.. hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Cara install antivirus kaspersky

Assalamualaikum.. Bersua lagi kita setelah lama tidak ber'blog'.. hehe. Hari ini aku ingin menceritakan pengalaman ku menginstall antivirus ke dalam laptop staf.. Mudah sahaja untuk 'install' rupanya. Ikuti langkah yang ditunjukkan di bawah ini:
Peringatan sebelum install:
  • Pastikan komputer anda bersambung dengan talian internet terlebih dahulu
  • Goreskan 'activation code'
  • Ok, jom kita mulakan install sekarang.. =)
Klik icon Kaspersky
Klik icon Kaspersky
Sedang 'extract' fail..
Sedang 'extract' fail..
Klik NEXT
Klik NEXT
Klik I AGREE
Klik I AGREE
Klik INSTALL
Klik INSTALL
Isikan 'activation code' di ruang yang disediakan - kemudian klik NEXT
Isikan 'activation code' di ruang yang disediakan - kemudian klik NEXT
tunggu sebentar...
tunggu sebentar...
Klik NEXT
Klik NEXT
FINISH
FINISH

** Contoh install Kaspersky Antivirus… terdapat satu lagi Kaspersky versi Internet Security… cara install adalah sama. Semoga kita mendapat ilmu bersama..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Mencari Lailatulqadar

PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA) ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

I)                   AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN

II)                ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

III)             SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;

IV)             KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;

V)                SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, insyaAllah malam qadar akan jatuh pada malam ke 21 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 20  September 2008
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Tanda malam Qadar ialah :

1)      malam itu tenang, tidak dingin  dan tidak panas;
2)      siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3)      pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA. 




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Motorsikal oh motorsikal

Assalamualaikum..
Cerita pasal motorsikal ni mengisahkan tentang motorsikal abangku yang ku gunakan untuk ulang-alik ke tempat praktikal. Dan kalau kamu semua nak tahu sekarang ni ia tengah nazak@rosak. Setelah ia nazak ia diperiksa oleh abang-abangku sendiri iaitu Dr.Bujang dan Dr. Bugai. Sampai sekarang ni ia masih memerlukan rawatan dan aku terpaksa menebalkan muka ku untuk meminta ambil kawanku iaitu Hafizuddin(rakan praktikal) untuk mengambilku setiap pagi jika aku tiada kenderaan untuk turun. Mengapakah kau rosak motorsikal? Adakah ajal mu semakin dekat?

Kesian-kesian...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kata-kata nasihat

Teka-teki Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya tentang Teka Teki .

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ” Orang tua “

Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “
Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.
Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”
Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”
IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “
Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “
Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”
Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “
Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Hujan pembawa rahmat

Assalamualaikum.. 
Hujan..hujan...hujan.. Sungguh nyaman kalau hari ini merupakan hari cuti..hehe
Tapi tidak, hari ini aku perlu ke tempat kerja. 
Okey.. Jom start..
Walaupun masih mengantuk ingin ku luahkan rasa syukur kepada Allah dari hatiku kerana memberi peluang kepada ku untuk memperbanyakkan amalan di dunia ini. Hari ini merupakan hari ke 10 umat Islam di seluruh dunia menunaikan puasa di bulan Ramadhan. Seperti 9 hari sebelumnya aku bangun untuk bersahur.Ketika itu aku terdengar guruh dentum-berdentum. Dalam hatiku terdetik merasakan hujan akan turun. Selepas selesai solat subuh, apa yang ku sangka kan benar.. Hujan turun membasahi kampung ku.
Aku teringat yang ustaz selalu memberitahu bahawa hujan pembawa rahmat.. Selalu lah jugak aku memikirkan kata-kata ustaz itu dan ternyata apa yang diperkatakan nya benar dan logik dari segi akal fikiran. 
Pada ku nikmat pada hari hujan adalah ketika mendengar irama muzik air hujan yang memainkan tiunannya apabila terkena atap rumah. Kalu orang lain tidak lah saya tahu.Sambil itu badan kita diselimuti kain yang digelar selimut.. Sungguh mengasyikkan..haha.
Tetapi dalam nikmat-nikmat itu, ada juga perkara yang Allah uji iaitu ketika mahu turun ke kelas mahu pun tempat kerja. Bagi yang turun menggunakan kereta mungkin tidak mengalami masalah. Kesabaran perlu ada bagi saya yang perlu bersabar menunggu hujan teduh kerana memakai motosikal. Begitu juga ketika sampai ke tempat kerja lewat.. Soalan demi soalan-soalan perlu di jawab jika terlewat sampai. Di kesempatan ini, diharap para-para majikan dapat memahami masalah yang berkaitan hujan ini..
Kalau di fikirkan hujan mendatangkan lebih banyak manfaat daripada keburukkan.. Ingatlah juga kesusahan yang para pekerja yang memakai motosikal itu hanyalah sedikit jika dibandingkan azab Allah kepada hamba-hamba Nya yang tidak tahu bersyukur..Setiap apa yang ditentukan Nya hanya Allah yang mengetahui.
Sekian dari saya.. Bersyukurlah.









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kisah lucu membuat "Produk".

Assalamualaikum semua...hehe
Hari ini aku nak bercerita tentang pengalaman lucu aku dan adik ku..(termasuk ahli keluarga ku) .
Cerita ini bermula ketika aku diberi kerja oleh penyelia ku iaitu aku mesti mempersembahkan sesuatu "produk" dihadapan nya. Selama beberapa hari aku memikirkan produk apa yang perlu aku persembahkan nanti. Setelah puas mencari idea akhirnya aku mengambil keputusan  untuk membentangkan produk yang bertajuk "Kapsul Ajaib"..hehe. (kira macam kapsul yang dalam citer Dragon Ball tu la).

Setelah idea ada, satu demi satu masalah timbul. Dipendekkan cerita, antara masalah tersebut seperti:
Software yang patut digunakan, cara menggerakkan setiap animasi dan macam-macam lagi termasuklah memerlukan rakaman suara untuk dimasukkan ke dalam persembahan tersebut. Aku tidak mahu meletakkan suara ku kerana tersangat lah "merdu"jangan cemburu..hehe.

Di ketika kepala aku pening memikirkan perkara itu jugalah aku tengok seorang bakal artis, iaitu adik ku ,hehe yang akan ku jadikan sebagai artis dalam produk persembahan ku nanti. Setelah mencapai kata sepakat kami pun berjanji membuat rakaman suara selepas aku balik dari solat sunat taraweh..
Tapi, kerana perkara yang tidak dapat di elakkan terpaksa ditangguh akhir sedikit. Malam itu adik ku layan seperti pemaisuri sebab kalau dia aku marah maka tidak ada lah artis untuk rakaman ku nanti. Pelbagai adegan lucu sepanjang aksi rakaman tersebut. Satu skrip saja memerlukan ulangan berpuluh-puluh kali kerana kelawakkan yang teramat sangat menyebabkan kemi berdua tidak kering gusi...hahaha.

Satu skrip memakan masa satu jam lebih.. Betapa lama rempoh masa yang diambil. Selepas itu adik ku masuk tidur dan tinggal aku keseorangan membuat kerja masuk-memasuk, edit-mengedit sehingga jam 12 lebih.

Diharap video produk yang ku siapkan mendapat perhargaan dari penyelia ku. Tidak banyak, sikit pun jadilah, hehe.

Setakat ini sajalah kisah ku menyiapkan tugasan ku.. Jumpa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Banjir di pagi hari.. ? (-̮̮̃•̃) ..apakah itu?


Khamis-04 OGOS 2011.Semariang batu, kuching, Sarawak. Seperti biasa aku bangun setelah dikejutkan ibuku setelah beberapa kali cubaan adik-adikku tidak berjaya.. Aku lihat jam di dinding menunjukkan pukul 4.30 pagi.. Aku pergi ke sinki dan terus mencuci muka. Selepas itu, aku ke dapur dan duduk  berhadapan dengan adik-adikku serta ibu sambil ibuku menyediakan makanan untuk aku bersahur.. Makanan nya sama dengan adik-adikku, hehe.. Sebab kami kan tinggal sebumbung... Mestilah adil.. 
Okey..berbalik kepada kisah banjir.. Sebelum solat subuh tadi, ibu berpesan supaya aku mengalih motosikal ke tempat yang tinggi.. Kerana dikhuatiri banjir.. Aku mengikut apa saja yang disuruh nya.. Selepas balik dari masjid, aku lihat di sungai air masih tidak kelihatan namun tidak ku endahkan.. Selepas itu aku tertidur kembali.
Jam 7.30 pagi, aku terbangun selepas merasakan aku agak terlewat untuk turun ke pejabat.. Ketika ini aku masih belum menyedari bahawa air sudah banjir . Aku mandi..mandi & mandi... Ahhh.. sungguh lega rasanya.. Aku lihat ayah dan ibuku berbincang-bincang di luar rumah.. Tidak ku pedulikan.. Aku terus memakai baju dengan cepat kerana takut terlewat.. Selepas siap semua, aku diberitahu bahawa air banjir.. Barulah aku melihat keadaan di luar rumah..Hahahaha.. Aku ketawa sedikit.. Banjir yang kurang besar rupanya.Rupa-rupanya jalan yang digunakan aku untuk turun dibanjiri air.. Ibu bapa ku menyuruh aku supaya menunggu tetapi aku takut terlewat untuk turun kerja.. 
Aku terpaksa untuk melintasi jalan yang banjir tersebut walaupun aku tahu banyak haiwan berbisa yang mempunyai habitat yang tersendiri di sungai yang berhampiran dengan rumah ku. Dengan air yang bersih yang aku bekalkan dari rumah aku gunakan untuk membasuh kaki ku di tempat yang tinggi. Di sana ku lihat banyak lagi geng-geng yang tersangkut..Sungguh lucu melihat mereka bergurau sambil mengusik satu sama lain.. Aku yang lambat untuk ke pejabat hanya mampu tersenyum kepada gadis yang di usik mereka..hehe.. Steady.......... Lepas Ramadhan la aku settlekan engkau....haha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Bulan Ramadhan banyak kelebihan.





Alhamdullilah… Syukur kita kepada Allah kerana diberi kesempatan untuk membuat sebanyak-banyak yang mungkin amal kebajikan di bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.
Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.
Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun..Betapa lama nya kita hendak menunggu? Mungkin kita sudah meninggal ataupun kalau nasib baik kita sudah hilang kemampuan(sudah tua). Allah sememangnya Maha Penyayang lagi Maha Pengasih dengan memberi kita peluang untuk merebut malam Lailatulqadar. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Dengan ini aku inain mengingatkan diriku sendiri dan  semua manusia yang beragama Islam supaya jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...