Banjir di pagi hari.. ? (-̮̮̃•̃) ..apakah itu?


Khamis-04 OGOS 2011.Semariang batu, kuching, Sarawak. Seperti biasa aku bangun setelah dikejutkan ibuku setelah beberapa kali cubaan adik-adikku tidak berjaya.. Aku lihat jam di dinding menunjukkan pukul 4.30 pagi.. Aku pergi ke sinki dan terus mencuci muka. Selepas itu, aku ke dapur dan duduk  berhadapan dengan adik-adikku serta ibu sambil ibuku menyediakan makanan untuk aku bersahur.. Makanan nya sama dengan adik-adikku, hehe.. Sebab kami kan tinggal sebumbung... Mestilah adil.. 
Okey..berbalik kepada kisah banjir.. Sebelum solat subuh tadi, ibu berpesan supaya aku mengalih motosikal ke tempat yang tinggi.. Kerana dikhuatiri banjir.. Aku mengikut apa saja yang disuruh nya.. Selepas balik dari masjid, aku lihat di sungai air masih tidak kelihatan namun tidak ku endahkan.. Selepas itu aku tertidur kembali.
Jam 7.30 pagi, aku terbangun selepas merasakan aku agak terlewat untuk turun ke pejabat.. Ketika ini aku masih belum menyedari bahawa air sudah banjir . Aku mandi..mandi & mandi... Ahhh.. sungguh lega rasanya.. Aku lihat ayah dan ibuku berbincang-bincang di luar rumah.. Tidak ku pedulikan.. Aku terus memakai baju dengan cepat kerana takut terlewat.. Selepas siap semua, aku diberitahu bahawa air banjir.. Barulah aku melihat keadaan di luar rumah..Hahahaha.. Aku ketawa sedikit.. Banjir yang kurang besar rupanya.Rupa-rupanya jalan yang digunakan aku untuk turun dibanjiri air.. Ibu bapa ku menyuruh aku supaya menunggu tetapi aku takut terlewat untuk turun kerja.. 
Aku terpaksa untuk melintasi jalan yang banjir tersebut walaupun aku tahu banyak haiwan berbisa yang mempunyai habitat yang tersendiri di sungai yang berhampiran dengan rumah ku. Dengan air yang bersih yang aku bekalkan dari rumah aku gunakan untuk membasuh kaki ku di tempat yang tinggi. Di sana ku lihat banyak lagi geng-geng yang tersangkut..Sungguh lucu melihat mereka bergurau sambil mengusik satu sama lain.. Aku yang lambat untuk ke pejabat hanya mampu tersenyum kepada gadis yang di usik mereka..hehe.. Steady.......... Lepas Ramadhan la aku settlekan engkau....haha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

2 Response to "Banjir di pagi hari.. ? (-̮̮̃•̃) ..apakah itu?"

  1. Nisa Ahmad says:
    4 August 2011 at 17:13

    banjir dan banjir,,,haha,,,sempat ngenteng ompuan juak,,,
    o kira tek nggu abis posa lah bruk ngaco,,,hahah,,,perei,,,(*_^)

  2. Anonymous Says:
    4 August 2011 at 17:18

    hahahahaaha...muka ganas bila dah bercerita ati bunga2 jak,,yahhh...hahaha..abis segala gerak geri di cerita..mat bunga tulis diari tok..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...