Kisah lucu membuat "Produk".

Assalamualaikum semua...hehe
Hari ini aku nak bercerita tentang pengalaman lucu aku dan adik ku..(termasuk ahli keluarga ku) .
Cerita ini bermula ketika aku diberi kerja oleh penyelia ku iaitu aku mesti mempersembahkan sesuatu "produk" dihadapan nya. Selama beberapa hari aku memikirkan produk apa yang perlu aku persembahkan nanti. Setelah puas mencari idea akhirnya aku mengambil keputusan  untuk membentangkan produk yang bertajuk "Kapsul Ajaib"..hehe. (kira macam kapsul yang dalam citer Dragon Ball tu la).

Setelah idea ada, satu demi satu masalah timbul. Dipendekkan cerita, antara masalah tersebut seperti:
Software yang patut digunakan, cara menggerakkan setiap animasi dan macam-macam lagi termasuklah memerlukan rakaman suara untuk dimasukkan ke dalam persembahan tersebut. Aku tidak mahu meletakkan suara ku kerana tersangat lah "merdu"jangan cemburu..hehe.

Di ketika kepala aku pening memikirkan perkara itu jugalah aku tengok seorang bakal artis, iaitu adik ku ,hehe yang akan ku jadikan sebagai artis dalam produk persembahan ku nanti. Setelah mencapai kata sepakat kami pun berjanji membuat rakaman suara selepas aku balik dari solat sunat taraweh..
Tapi, kerana perkara yang tidak dapat di elakkan terpaksa ditangguh akhir sedikit. Malam itu adik ku layan seperti pemaisuri sebab kalau dia aku marah maka tidak ada lah artis untuk rakaman ku nanti. Pelbagai adegan lucu sepanjang aksi rakaman tersebut. Satu skrip saja memerlukan ulangan berpuluh-puluh kali kerana kelawakkan yang teramat sangat menyebabkan kemi berdua tidak kering gusi...hahaha.

Satu skrip memakan masa satu jam lebih.. Betapa lama rempoh masa yang diambil. Selepas itu adik ku masuk tidur dan tinggal aku keseorangan membuat kerja masuk-memasuk, edit-mengedit sehingga jam 12 lebih.

Diharap video produk yang ku siapkan mendapat perhargaan dari penyelia ku. Tidak banyak, sikit pun jadilah, hehe.

Setakat ini sajalah kisah ku menyiapkan tugasan ku.. Jumpa lagi..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to " "

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...