Hari terakhir ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa kaba semua? Diharap sihat selalu di samping keluarga tersayang.. Alhamdullilah.
Hari ini merupakan hari terakhir ramadhan. Sebelum ini, aku rasa gembira setelah habis bulan Ramdhan kerana hari ini tiada lagi puasa. Dimana aku dan kawan-kawan akan merancang segala rancangan untuk raya. Kalau raya maka merdeka lah maksudnya dan bererti boleh buat sesuka hati.. Itu adalah fikiranku sebelum ini.. Betapa jahilnya hamba mu ketika itu Ya Allah ya tuhan ku.Tetapi berbeza sekali bagi ku pada tahun ini. Dimana aku rasa ingin sekali hendak puasa sepanjang tahun. Ini kerana pada fikiranku jika sepanjang tahun orang puasa maka manusia akan sentiasa menjaga diri mereka dari perbuatan yang tercela. Syaitan juga tidak boleh menggoda manusia jika sepanjang tahun ia dibelenggu. Maha Suci Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Oleh itu aku harap amalan ku dan amalan pembaca-pembaca semua diterima Allah S.W.T.  InsyaAllah.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Hari terakhir ramadhan"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...