Hujan pembawa rahmat

Assalamualaikum.. 
Hujan..hujan...hujan.. Sungguh nyaman kalau hari ini merupakan hari cuti..hehe
Tapi tidak, hari ini aku perlu ke tempat kerja. 
Okey.. Jom start..
Walaupun masih mengantuk ingin ku luahkan rasa syukur kepada Allah dari hatiku kerana memberi peluang kepada ku untuk memperbanyakkan amalan di dunia ini. Hari ini merupakan hari ke 10 umat Islam di seluruh dunia menunaikan puasa di bulan Ramadhan. Seperti 9 hari sebelumnya aku bangun untuk bersahur.Ketika itu aku terdengar guruh dentum-berdentum. Dalam hatiku terdetik merasakan hujan akan turun. Selepas selesai solat subuh, apa yang ku sangka kan benar.. Hujan turun membasahi kampung ku.
Aku teringat yang ustaz selalu memberitahu bahawa hujan pembawa rahmat.. Selalu lah jugak aku memikirkan kata-kata ustaz itu dan ternyata apa yang diperkatakan nya benar dan logik dari segi akal fikiran. 
Pada ku nikmat pada hari hujan adalah ketika mendengar irama muzik air hujan yang memainkan tiunannya apabila terkena atap rumah. Kalu orang lain tidak lah saya tahu.Sambil itu badan kita diselimuti kain yang digelar selimut.. Sungguh mengasyikkan..haha.
Tetapi dalam nikmat-nikmat itu, ada juga perkara yang Allah uji iaitu ketika mahu turun ke kelas mahu pun tempat kerja. Bagi yang turun menggunakan kereta mungkin tidak mengalami masalah. Kesabaran perlu ada bagi saya yang perlu bersabar menunggu hujan teduh kerana memakai motosikal. Begitu juga ketika sampai ke tempat kerja lewat.. Soalan demi soalan-soalan perlu di jawab jika terlewat sampai. Di kesempatan ini, diharap para-para majikan dapat memahami masalah yang berkaitan hujan ini..
Kalau di fikirkan hujan mendatangkan lebih banyak manfaat daripada keburukkan.. Ingatlah juga kesusahan yang para pekerja yang memakai motosikal itu hanyalah sedikit jika dibandingkan azab Allah kepada hamba-hamba Nya yang tidak tahu bersyukur..Setiap apa yang ditentukan Nya hanya Allah yang mengetahui.
Sekian dari saya.. Bersyukurlah.









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Hujan pembawa rahmat"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...