Internet offline

Kabel TM kena curi.

Assalamualaikum.
Sepanjang hari internet tidak berfungsi kerana diberitahu terdapat kecurian kabel. Penyelia aku cakap ada kabel kena curi. Masa aku nak buat keja juga lah ia offline tapi apapun aku harap masalah itu akan selesai seberapa segera. Bagi saya adalah wajar jika si pencuri kabel  ni di belasah sehingga mati atau sebaiknya berilah teguran dan didikan kepada mereka. Mungkin mereka mengalami masalah. Mana kita tahu. Yang sedihnya,  bayangkan betapa sukarnya orang kampung yang hanya bergantung kepada talian  tetap untuk berhubung dengan sanak saudara bertanya khabar, memberitahu kematian mahupun melaporkan kecemasan dan talian  pula tidak dapat di gunakan kerana telah di curi oleh pencuri ini. Orang di pejabat juga susah untuk membuat sebarang operasi yang memerlukan talian.Memang malang ibu yang melahirkan anak pencuri menyusahkan orang sahaja, terngiang-ngiang kata-kata ini kalau aku tahu besar jadi begini dari kecik ku picit-picit badan sampai mati..hehe
Sangat bersyukur dan berterima kasih pada semua yang bertungkus lumus untuk membaiki masalah tersebut kerana hanya sementara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

1 Response to "Internet offline"

  1. Mohd Faddia says:
    20 September 2011 at 20:21

    tolong...tolong...
    Pencuri...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...