Menolong rakanku mengatur charger laptop

Assalamualaikum..
Hari ini sepanjang hari aku dan hafizuddin membaiki charger laptopnya yang rosak.. Pelbagai ragam dan aksi sewaktu kami cuba untuk membaiki charger laptop tersebut. Alhamdullilah, selepas laptop dapat digunakan barulah dapat belajar macam mana publish video guna Flip Album Vista Pro..





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Internet offline

Kabel TM kena curi.

Assalamualaikum.
Sepanjang hari internet tidak berfungsi kerana diberitahu terdapat kecurian kabel. Penyelia aku cakap ada kabel kena curi. Masa aku nak buat keja juga lah ia offline tapi apapun aku harap masalah itu akan selesai seberapa segera. Bagi saya adalah wajar jika si pencuri kabel  ni di belasah sehingga mati atau sebaiknya berilah teguran dan didikan kepada mereka. Mungkin mereka mengalami masalah. Mana kita tahu. Yang sedihnya,  bayangkan betapa sukarnya orang kampung yang hanya bergantung kepada talian  tetap untuk berhubung dengan sanak saudara bertanya khabar, memberitahu kematian mahupun melaporkan kecemasan dan talian  pula tidak dapat di gunakan kerana telah di curi oleh pencuri ini. Orang di pejabat juga susah untuk membuat sebarang operasi yang memerlukan talian.Memang malang ibu yang melahirkan anak pencuri menyusahkan orang sahaja, terngiang-ngiang kata-kata ini kalau aku tahu besar jadi begini dari kecik ku picit-picit badan sampai mati..hehe
Sangat bersyukur dan berterima kasih pada semua yang bertungkus lumus untuk membaiki masalah tersebut kerana hanya sementara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Adab-adab ziarah orang sakit

Assalamualaikum.

“Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah Taala, maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkah mu dan ambillah tempat tinggal mu di dalam syurga” (Riwayat: at-Tirmizi)

Hari ini aku akan pergi ke hospital untuk melawat datukku lagi.

Sebelum itu, sempat juga aku mencari adab-adab apabila menziarahi orang yang sakit. Aku lihat banyak adab dan sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan aku. Di sini aku akan kongsi sedikit adab-adab yang perlu ada semasa menziarahi orang yang sakit kepada pembaca semua. Antaranya adalah:


1.Jangan duduk terlalu lama ketika menziarahi pesakit kerana perbuatan ini boleh mengganggunya.

2.Ketika berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang.

3.Hendaklah kita doakan agar cepat sembuh dengan menyebut: Semoga Allah menyembuhkan... (sebutkan nama dan pangkatnya).

4.Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya.

5.Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak”.

6.Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah itu.

7.Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:
“Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Menziarah datuk yang sedang sakit.

Assalamualaikum.
Hati mana yang tidak sedih apabila melihat orang sakit. Lihat orang lain sakit pun sedih, inikan pula saudara sendiri.. Hari ini, apabila aku mendengar berita datuk ku masuk hospital, aku terus memberitahu ibu bapa ku bahawa aku ingin pergi ke hospital. Aku ke sana bersama seorang kawan ku.
 Sampai di sana aku melihat ramai sanak- saudara mara ku yang datang. Ku lihat datuk ku hanya mampu baring. Aku yang tidak mahu menganggu hanya bercakap dengan ahli keluarga yang lain mengenai keadaan datuk ku. Selepas itu, tidak mahu untuk menunggu lama dan menganggu datukku yang sena lena tidur aku balik dan akan datang lagi pada malam ini. Insya'Allah...

Kelihatan datuk ku yang tidur kerana diberi ubat tidur untuk 
menenangkan dia yang tidak dapat tidur pada waktu malam.


Kelihatan jururawat-jururawat yang bertugas memantau 
keadaan datuk ku dan beberapa lagi pesakit di situ.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Hari Malaysia 2011





Yeyyyyyyyyyyyyyyyy....!!

CUTI....!

Dapat lah aku berehat sepuas-puasnya,,hehe,

Tapi tidak juga aku berniat untuk melupakan pengorbanan pejuang-pejuang negara yang sanggup berkorban apa saja demi kesejahteraan penduduk Malaysia. Hari ini negara kita akan meraikan suatu tarikh yang amat besejarah untuk negara kita.

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.


Hari Malaysia juga merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Presentation E-Album dengan penyelia

Assalamualaikum pembaca-pembaca semua...
Apa khabar? Harap sihat selalu la ye,,hehe.
Hari ini aku dan rakan sepraktikalku akan persembahkan hasil kerja E-Album kami untuk menerima komen dari penyelia. Dipendekkan cerita, sepanjang presentation itu, kami menerima komen yang teramat positif dari penyelia dan 2 lagi rakan praktikal. Kerja E-Album itu hanya memerlukan sedikit lagi kerja edit-mengedit apa semua present sekali lagi dengan penyelia sebelum di publish dan burn dalam CD.

Kelihatan aku melihat Kak Kathy berbincang dengan penyelia aku, Mohd. Hirul.
Turut kelihatan juga Hafizuddin yang tunduk sedang mencatat hasil perbualan mereka berdua,hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Lagi cerita mengedit E-Album

Assalamualaikum semua...
Kepada pembaca-pembaca semua aku harap semua sihat la ye..
 Okey, hari ini aku nak sambung sikit pasal e-album yang aku buat 2 ari yang lepas.. 2 ari yang lepas aku edit nama dan jawatan setiap staf kan? Tapi hari ini pulak aku akan meletakkan senarai no tel dan membuat setiap background gambar tersebut menjadi menarik..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Berjumpa lagi dengan doktor..

Assalamualaikum..
Pada hari ini aku berjumpa semula dengan doktor untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Kalau tak silap aku pemeriksaan ultrasound. Pernah dengar tak? Alaaa... yang macam scan anak waktu ibu mengandung tu...hehe... Okey..Hari ini jam sebelum jam 10 aku mesti tiba di sana kerana takut giliran tidak menentu. Walaupun hujan ketika itu aku redah juga kerana janji tetap janji. Aku tiba di sana dalam keaadaan yang agak basah tetapi akibat lama menunggu giliran baju dan seluar ku yang basah akhirnya kering kembali..
Aabila tiba giliran ku untuk diperiksa doktor aku disuruh berbaring. Aku pun menurut segala arahan beliau. Dan hasil keputusan pun keluar.. Walaupun sudah keluar aku masih tidak memahami maksud semuanya. Yang aku tahu semua keputusan aku adalah normal.. Alhamdullillah.






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Kantin Yayasan Sarawak

Assalamualaikum..hehe
Hari ini aku berasa bersyukur kerana hari ini kami semua makan free. Tengok je la gambar-gambar ya..





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Mengedit dan menambah E-Album

Assalamualaikum..
Pada hari ini sewaktu penyelia sudah balik dari cuti, aku terasa seperti ada kerja yang belum disiapkan,,hehe. Setelah menjalankan pemeriksaan, rupa-rupanya memang ada kerja yang belum siap iaitu E-Album. Hari ini kerja aku cuma meletakkan nama dan jawatan di setiap gambar-gambar staf Yayasan Sarawak. Gambar di bawah adalah hasil ciptaan bersama aku dan rakan praktikal ku.





Cukuplah untuk hari ini, dan untuk kerja meletakkan senarai no telefon staf akan disambung esok hari..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Belajar lebih mendalam pasal Movie Maker

Assalamualaikum..
Hari ini aku dan kawan ku membaca tutorial pasal Movie Maker sebab kami nak belajar lebih mendalam lagi pasal software tersebut, Dalam tutorial tersebut banyak ilmu yang kami dapati berguna kerana banyak yang ditunjukkan di dalam tutorial tersebut adalah tentang apa yang kami belum kuasai lagi. Alhamdullilah, hari ini ilmu pengetahuan ku untuk menggunakan software ini Insya'Allah akan bertambah..
Kalau pembaca-pembaca juga nak belajar pasal software sila layari link di bawah..
http://presentationsoft.about.com/od/moviemaker/a/mov_mak_beg.htm

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Cara format laptop

Assalamualaikum..


Hari ini aku melihat kawan ku format laptop ibu nya jenis Acer.. Aku yang tidak tahu pun belajar la sedikit caranya sambil melihat cara-cara di internet..


Okey...! Cara-caranya adalah:


apa yang diperlukan adalah cd windows xp.. (digalakkan original..!)


1. on laptop, masuk bios dan pilih option first boot gune cdrom..
2. masuk cd win xp, restart..
3. tunggu, kat bawah tu nanti ia keluar press enter to boot from cd rom..
4. press enter, nanti keluar screen biru, layan saja sampai ia keluar pasal nak format..
5. lepas tu follow sampai habis.. settle..!
6. lepas dah setup window, biler dah masuk window, install semua driver hardware laptop tu.. biasanya driver2 ni ada dalam cd yg kita dpt masa beli laptop tu..





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Masuk praktikal lagi selepas cuti panjang

Assalamualaikum.
Seperti sebelum cuti dalm keadaan lemah longlai aku masuk pejabat,,hehe.. Aku bertemu kawan-kawanku dan staf2 yang lain sambil menghulur tangan berjabat mesra.. Hari ini aku terkejut kerana aku dipindahkan tempat duduk. Aku fikir aku di buang kerana cuti banyak kali,,hehe, Rupa-rupanya ada staf lain yang ingi duduk ditempat ku. Tak pa lah, aku tak ambil ati. Mungkin dia fikir tempat tu kosong..  Aku sekarang duduk di belakang kawan ku. Imam@ Muhd. Hafizuddin.

Inilah dia rakan praktikal ku.. 
Mempersembahkan seorang pemuda yang cute lagi macho, Muhd Hafizuddin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Cuti rehat

Assalamualaikum..
Hari ini aku masih lagi cuti.. Dan aku hanya mampu dudok di rumah disebabkan semua kawan-kawan ku mulai masok bekerja dan belajar. Aku pun memanfaatkan cuti dengan berehat sepuas-puasnya.
Hari ini tak dapat tulis panjang-panjang, sebelum ni pun aku post pendek-pendek je..hehe. Bosan juga la akalau lama-lama depan laptop kan.? Mestila kita tengok muka orang tersayang jugak... Btol tak?

Ermm,, sedapnya ko tido? Kelihatan si puteh cemburu,hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Jumpa doktor

Assalamualaikum..
Mintak maaf pasal kelmarin sebab hari ini aku masih cuti,,hehe. Yes2!!
Aku terlupa bahawa hari ini aku ada temu janji dengan doktor. Aku harap pertemuan ini memberi kesan yang positif bagiku dimana setiap kali perjumpaan ada saja yang doktor anggap yang aku ini masih memerlukan banyak rawatan. Dan ternyata, aku diberi cuti sehari lagi untuk berehat sepuas-puasnya di rumah pada esok hari iaitu 06/09/2011. Sudah bosan aku tengok ubat semua orang tau tak?



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Raya Keenam

Assalamualaikum semua.
Aku masih merasa ngantuk kerana malam tadi aku dipaksa lepak dirumah kawanku sehingga pagi..
Nak pulang tak dapat. Sebab mereka ni ada bodyguard depan pintu,,haha. Terpaksa aku melayan mereka. Bukan selalu pun. Okey, cerita aku hari ini adalah pasal esok.. Sebab esok hari isnin. Jadi aku akan mula praktikal.. Lemah rasa jiwa. Ingin rasanya aku kalau raya pertama & kedua ini dapat diputar-putar,hehe.. Aku nak rehat sepanjang hari ini. Selamat tengah hari semua.. Zohor semakin dekat,hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Raya Kelima

Assalamualaikum.
Hari ini merupakan hari kelima pada bulan Syawal.. Selepas beraya di rumah orang jauh-jauh barulah aku beraya di rumah jiran-jiran,,haha. Aku rasa sebulan-bulan ni aku akan raya sebab orang kampung aku ni banyak..haha,, Rezeki2..

Kenyang-kenyang...hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Raya Keempat 2011

Assalamualaikum semua.
Selepas sehari di rumah kawan, sudah masanya untuk aku pulang ke Kuching semula kerana semua kawan-kawan ku akan mula bekerja dan balik ke kuching esok. Jadi,aku pun balik la sekali. Tak kan la aku nak tinggal ,mereka balik pulak? Hehe. Kami pun r5amai-ramai la konvoi balik ke Kuching,hehe. Kalau lapar dan dahaga kami pun singgah la rumah kawan sesiapa yang ikut konvoi. Aku pun turut dijemput,,haha. Biasalah... bos!hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Raya Ketiga 2011

Assalamualaikum..
Hari ini aku akan berangkat pergi ke kampung sahabat-sahabatku di Samarahan. Hal ini tidak dapat cerita panjang sebab nanti ada orang cakap tak baik pulak...hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...